Gara-gara Nabi Muhammad SAW dan agama Islam serta menghina kematian anggota bomba, Muhammad Adib Mohd Kassim di media sosial, Chow Mun Fai dijatuhkan hukuman penjara 30 bulan oleh Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, pagi tadi.
BACA : Penumpang Hina Melayu & Islam, Pemandu Grab Buat Laporan Polis
Hakim MM Edwin Paramjothy menjatuhkan hukuman itu terhadap penjaja yang berusia 43 tahun itu selepas mengaku bersalah terhadap lapan pertuduhan dihadapinya pada 18 Jun lalu.
Sebelum menjatuhkan hukuman, Edwin memberitahu mahkamah tidak boleh menerima perbuatan tertuduh yang memberi pelbagai komen negatif terhadap agama orang lain.
“Tindakan tertuduh menghina kematian Muhammad Adib di kala semua orang sedang meratapi dan berkabung di atas kematiannya juga tidak dapat diterima mahkamah.
“Perbuatan dilakukan tertuduh adalah melampau dan melebihi had kebebasan bersuara,” – MM Edwin Paramjothy
Hakim itu turut memaklumkan perbuatan dilakukan tertuduh adalah dirancang kerana komen berkenaan dibuat berulang kali dan menjatuhkan hukuman penjara antara tujuh hingga 30 bulan bagi lapan pertuduhan itu dan memerintahkan hukuman berjalan serentak bermula dari tarikh tertuduh ditangkap pada 6 Mac lalu.
Terdahulu, Chow didakwa menggunakan aplikasi Twitter dengan akaun profil ‘Alvin@Alvin15358333’, membuat kenyataan menghina berhubung kematian Muhammad Adib dan memuat naik posting menghina Nabi Muhammad SAW pada Mac lalu.
Sumber : Harian Metro
Leave a Reply