Mulai 1 Ogos ini, larangan kemasukan ke pusat beli-belah terhadap individu yang tidak menerima vaksin COVID-19 mulai 1 Ogos ini akan mula dilaksanakan.
BACA : Demam Babi Afrika Dilaporkan Di Selatan Filipina Untuk Kes Pertama
Jangan risau kerana ini bukan berlaku di Malaysia dan ini hanya diputuskan oleh pihak berkuasa Arab Saudi yang mendedahkan vaksinasi sekurang-kurangnya satu dos akan menjadi syarat berkunjung ke pusat beli-belah.
Memetik laporan Berita Harian, jurucakap Kementerian Perdagangan, Abdulrahman Al-Hussein memberitahu bilik persalinan akan dibuka semula dan skrin sentuh dibenarkan digunakan di kedai, pusat beli-belah dan pusat komersial dengan memastikan operasi nyah kuman dan penjarakan fizikal dilakukan.
Bagaimanapun tegasnya, empat amalan yang menyebabkan kesesakan di dalam dan di luar kawasan komersial masih dilarang, terutama mengundang selebriti dan pengiklan, mengadakan upacara untuk kedai dan pasar, pertandingan komersial yang memerlukan kehadiran pengunjung, dan membuat pelancaran produk atau perkhidmatan.
Abdulrahman berkata pihak berkuasa terus memantau pematuhan terhadap tindakan pencegahan dan melakukan 103,274 lawatan pemeriksaan, yang mana 3,436 pelanggaran dilaporkan.
Terdahulu, Kementerian Dalam Negeri mengumumkan vaksinasi diwajibkan mulai 1 Ogos bagi mereka yang ingin menghadiri acara sukan dan hiburan, menyertai kegiatan budaya dan memasuki pelbagai tempat swasta dan awam.
Leave a Reply