Hanya tinggal lebih kurang dua minggu untuk rakyat Malaysia ‘menikmati’ Goods and Services Tax (GST) dan sudah pasti semua sudah maklum mengenai GST ini disebabkan iklan-iklan GST yang menarik di televisyen.
Menjadi persoalan sekarang, adakah servis pengeluaran wang tunai melalui mesin ATM Bank akan dikenakan GST sebanyak 6% mengikut jumlah pengeluaran atau sebaliknya.
Jika GST 6% dikenakan setiap pengeluaran wang tunai melalui mesin ATM, sudah pasti RM1000 akan dikenakan GST sebanyak RM60. Wow, satu jumlah yang banyak!
Okay, mungkin ramai yang silap untuk mentafsirkan isu servis GST mesin ATM Bank yang mula berkuatkuasa 1 April 2015 ini.
Jumlah GST untuk mesin ATM Bank setiap kali pengeluaran hanya 6% untuk RM1 caj pengeluaran sebelum ini menjadikan RM1.06 setiap kali pengeluaran, itu pun kalau menggunakan bank yang berbeza daripada kad ATM bank anda.
Contoh : Anda menggunakan kad ATM bank Maybank untuk mengeluarkan duit di ATM bank CIMB atau mana-mana bank yang mempunyai MEPS, sebelum ini akan dicaj sebanyak RM1, selepas ini anda akan dikenakan sebanyak RM1.06 sahaja. Bukan mengikut jumlah dari wang yang anda keluarkan seperti yang dihebohkan sebelum ini.
Harus diingat, bukan semua bank akan mengenakan caj servis sebanyak RM1 sebelum ini, kerana mesin ATM bank OUB mengenakan sebanyak RM5 setiap kali pengeluaran. Jika GST sudah berkuatkuasa, berapa jumlah GST yang akan dikenakan untuk bank OUB?
Okay, dipendekkan cerita servis caj GST untuk mesin ATM bank hanya RM1.06 sahaja setiap kali pengeluaran jika menggunakan bank yang berlainan dari akaun (kad bank) anda.
Sekiranya anda mengeluarkan wang tunai melalui mesin ATM bank yang sama, tiada servis caj GST dikenakan kepada anda.
Senarai jumlah Goods & Services Tax (GST) ATM Bank yang dikenakan :
1. Affin Bank Berhad – 6% (RM1.06)
2. Agro Bank – 6% (RM1.06)
3. Alliance Bank Malaysia Berhad – 6% (RM1.06)
4. AmBank Berhad – 6% (RM1.06)
5. Al Rahji Bank – 6% (RM1.06)
6. Bank Islam Malaysia Berhad – 6% (RM1.06)
7. Bank Rakyat – 6% (RM1.06)
8. Bank Muamalat Malaysia Berhad – 6% (RM1.06)
9. Bank Simpanan Nasional – 6% (RM1.06)
10. CIMB Bank Berhad – 6% (RM1.06)
11. CitiBank Berhad – 6% (RM1.06)
12. Hong Leong Bank – 6% (RM1.06)
13. Maybank – 6% (RM1.06)
14. OCBC Bank – 6% (RM1.06)
15. Public Bank Berhad – 6% (RM1.06)
16. RHB Bank Berhad – 6% (RM1.06)
17. Standard Chartered Bank Malaysia Bhd – 6% (RM1.06)
18. OUB Bank – 6% (RM5.30)
Leave a Reply