Semenjak mendapat gelaran Doktor Falsafah tahun lepas, Boy Iman dihentam teruk kononnya gelaran itu dibeli memandangakan majlis konvokesyen universiti yang Boy Iman terima gelaran tersebut didakwa seperti sebuah majlis di tadika.
Sekali lagi gelaran Datuk yang diterima oleh Boy Iman pula menjadi persoalan dan Boy Iman dituduh gelaran Datuk itu dibeli daripada kerabat Naning pada tahun 2014 dan ada juga yang mendakwa ianya tidak sah dan tidak diiktiraf kerana hanya Yang Dipertua Negeri sahaja yang mempunyai hak mengurniakan sebarang darjah kebesaran.
Boy Iman akhirnya menjelaskan kepada peminat di laman Instagram mengenai gelaran Datuk yang diterimanya, sebenarnya dia telah dianugerahkan tiga gelaran Datuk iaitu dari Naning, Perak dan terbaharu dari Pahang.
“Lama dah dapat dari Naning dan Perak. Dari Pahang baru dapat,” Boy Iman.
Boy Iman menjelaskan lagi mengenai status Doktornya adalah sah dari sisi undang-undang dan menegaskan yang status Doktor telah dimasukkan ke dalam pengenalannya.
“Kad pengenalan berstatus Doktor ini pun dikeluarkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara, bukan suka-suka boleh letak macam itu,” Boy Iman.
Selain dari gelaran Datuk dan Doktor Falsafah, Boy Iman juga mendapat gelaran Paduka Ayahanda Dato Dr Boy Iman yang dianugerahkan oleh Pertubuhan Angkatan Perpaduan Islam Sejagat Malaysia (API SM41).
ArtisBuzz – Banyak betul gelaran dia ni…
Leave a Reply