Gay Semakin Ramai Punca HIV Di Kelantan Meningkat

Kes HIV di Kelantan menunjukkan peningkatan menyebabakan Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Ahmad Jazlan Yaakub terkejut.

Datuk Ahmad Jazlan Yaakub menegaskan ini berpunca daripada homoseksual atau gay yang semakin bertambah di negeri Kelantan.

Macam biasa, sudah pasti PAS dipersalahkan yang dikatakan gagal menerapkan cara hidup Islam yang sebenar di negeri tersebut.

“Saya terkejut apabila Timbalan Menteri Dalam Negeri mengumumkan peningkatan kes HIV di Kelantan yang juga disebabkan oleh kegiatan homoseksual.

“Perkara ini adalah sesuatu yang serius, sebelum ini kita sangkakan peningkatan kes HIV disebabkan perkongsian jarum antara penagih dadah,” ujar beliau seperti yang dilaporkan The Star.

Lain pula pengumuman yang dibuat oleh Timbalan Menteri Dalam Negeri II, Masir Kujat yang mengatakan peningkatan kes HIV di Kelantan disebabkan pergaulan bebas dan pasangan seks yang bertukar.

Masir Kujat juga mendedahkan jangkitan HIV yang disebabkan aktiviti homoseksual bertambah daripada 10 kes pada tahun 2015 kepada 20 kes tahun lalu.

Selain itu jangkitan HIV yang disebabkan oleh hubungan heteroseksual juga meningkat daripada 40 kes kepada 50 kes pada tempoh tahun yang sama.

Daripada tahun 2001 sehingga 2016, negeri Kelantan merekodkan sebanyak 11,000 kes HIV positif dengan sebanyak 2,255 orang dijangkiti dalam tempoh yang sama.

Tehpanas : Isu HIV pun boleh dipolitikkan… Haish…

 

Carian Anda :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*