Seorang lelaki terpaksa menolak motosikal yang dinaikinya di jalan highway Tanjung Malim disebabkan oleh tiub tayar motosikalnya pecah.
BACA : Kisah Sebenar Kemalangan Lawan Arus Di Highway
Seorang abang lori, Nazry Halim ternampak lelaki tersebut menolak motosikal di tepi highway dan didakwa sudah menolak motosikalnya sejauh 30km memandangkan jarak dari Tanjung Malim ke perhentian.
Jika diikutkan, lelaki tersebut hendak menolak motosikal dari highway Tanjung Malim ke Kuala Kangsar yang jaraknya 200km!
Nasib baiklah abang lori berhenti dan menawarkan supaya naik lorinya dan motosikal dibawa dan diletakkan di atas lori.
Rata-rata netizen ramai yang memuji kebaikan Nazry Halim selepas dia berkongsi kisah dan gambar di laman Facebook miliknya.
Sebaik sahaja masuk dan duduk ke dalam lori, lelaki tersebut mukanya nampak pucat seperti hendak pengsan mungkin kerana keletihan menolak motosikal di tengah highway dan cuaca yang panas.
Tak sampai 10 minit duduk di dalam lori, lelaki tersebut terus tertidur dan akhirnya berhenti dan turun di Bidor untuk tukar tiub tayar motosikal.
TehPanas – Kalaulah ada ramai seperti abang lori ini di Malaysia…
- 200 tayar lori (1)
Leave a Reply