Sebelum ini Azwan Ali telah mengaku yang dirinya memang tidak melawat dan menziarahi semasa ibunya meninggal dunia bulan lalu.
BACA : “Saya Ada Sejuta Sebab Kenapa Tidak Pergi Melawat Ibu Saya Meninggal Dunia”
Azwan Ali mendakwa yang dirinya mempunyai sejuta sebab kenapa tidak melawat atau menziarahi jenazah ibunya semasa meninggal dunia mahu pun kubur ibunya pada hari tersebut.
Oleh kerana statement Azwan Ali yang dikeluarkan sedemikian di rancangan Melodi tersebut, Azwan Ali dikecam oleh netizen yang mendakwa Azwan Ali seorang anak yang derhaka.
Daripada info yang kami perolehi, antara sejuta sebab atau alasan Azwan Ali tidak menziarahi semasa ibunya meninggal dunia kerana dia berada di Mekah mengerjakan Umrah. Hmmm…
Ada juga yang percaya dengan alasan Azwan Ali yang kononnya berada di Mekah untuk menunaikan umrah semasa ibunya meninggal dunia.
Ternyata itu semua adalah permainan Azwan Ali kerana semua alasan tersebut dapat dihidu oleh netizen apabila gambar dan video Azwan Ali di Mekah ternyata adalah gambar lama.
Sudah-sudahlah Azwan Ali, jangankan sejuta alasan, satu alasan pun belum tentu dapat bagi alasan yang munasabah.
Leave a Reply