Seorang lelaki yang cuba menyeludup 94 buah iPhone dengan membalut iPhone yang telah dibungkus di badan, pinggang dan kakinya sehinggakan sukar untuk berjalan dengan biasa menyebabkan kastam curiga dan telah menahan serta memeriksa seluruh badan lelaki tersebut.
Apa yang mengejutkan, kastam telah menjumpai 94 buah iphone di seluruh badan lelaki tersebut yang dipercayai dibeli di Hong Kong dan cuba dibawa masuk ke China melalui Pelabuhan Futian, China untuk mengelakkan cukai.
Cubaan menyeludup iPhone masuk ke China gara-gara harga iPhone di negara tersebut sangat mahal berbanding di Hong Kong walaupun iPhone dibuat di China.
Jika disabit kesalahan, lelaki ini boleh didenda RM 920,000 atau dipenjara selama 7 tahun.
Leave a Reply