Seorang gadis cantik yang ditemui mati dalam keadaan busuk dan tangan kanannya terputus di sebuah hotel di Musi Banyuasin semalam.
Tribunnews melaporkan, mayat mangsa yang dikenali sebagai Vera Oktaria, 21 tahun itu ditemui dalam keadaan berbogel dengan tangan kanannya putus di dalam bilik berkenaan yang disewanya bersama teman lelakinya yang dikenali sebagai Deri Pramana.
Vera yang berkerja di sebuah pasar raya di Palembang dilaporkan sudah tiga hari tidak pulang ke rumah menyebabkan satu laporan dibuat sebelum mayatnya ditemui di bilik yang disewa oleh mangsa dan teman lelakinya.
Mayat Vera telah ditemui oleh seorang pekerja hotel yang curiga dengan bau busuk yang datang dari bilik didaftarkan atas nama seorang lelaki yang dipercayai teman lelaki mangsa.
Menurut ibu mangsa, Suhartini, anaknya menjalinkan hubungan dengan Deri sejak waktu persekolahan lagi tetapi sudah lama berpisah kerana anaknya takut dengan sikap Deri yang panas baran.
Vera juga pernah memberitahu ibunya bahawa Deri pernah mengugut akan membunuh Vera daripada melihat dia dimiliki lelaki lain.
Bekas teman lelaki mangsa juga baru saja dilantik menjadi anggota tentera di Baturaja tetapi sudah seminggu tidak hadir bertugas dan polis kini sedang memburu suspek yang dipercayai terbabit dalam kes pembunuhan itu.
Leave a Reply