Gara-gara bosan dengan ibunya, seorang wanita berusia 23 tahun membunuh ibunya sebelum mengerat mayat mangsa dan membuangnya ke dalam tong sampah di sekitar Washington.
BACA : Berang Disuruh Mencari Kerja, Remaja Perempuan Tetak Ibu Kandung Sendiri
Wanita tersebut yang dikenali sebagai Amara Lundy, berusia 23 tahun, ditahan Isnin lalu kerana melakukan pembunuhan kejam ke atas ibunya Susan, 56 tahun, di Olympia, Washington.
Memetik Daily Mail, siasatan polis selama sebulan membabitkan pemeriksaan rekod kewangan, telefon dan media sosial menyebabkan pembunuhan itu menuju kepada anak perempuan mangsa itu.
Menurut dokumen mahkamah, Amara mengaku melakukan pembunuhan itu kerana bosan dengan ibunya dan berharap kematian ibunya akan menggembirakan semua orang.
Suspek mendedahkan kepada pihak polis, dia mencekik ibunya dengan tali kuning dan memberitahu dia terkejut kerana memerlukan tenaga dan masa yang lama untuk membunuh ibunya.
“Ibunya merayu agar dia menghentikan tindakannya tetapi suspek didakwa terus mencekik mangsa sehingga mati.
“Dia didakwa membuang mayat itu ke dalam tong sampah selama seminggu sebelum membuat keputusan menghapuskannya menggunakan pisau besar dan gergaji kecil,” – jelas polis.
Amara membungkus anggota badan mangsa ke dalam plastik, meletakkannya ke dalam troli beli-belah dan mencampaknya ke serata tempat pembuangan sampah di seluruh bandar Washington.
Namun, sehingga kini, masih belum dapat dipastikan sama ada anggota badan mangsa sudah ditemui atau pun belum.
Leave a Reply