Pelakon Fauzi Nawawi baru-baru ini mendedahkan cara menunjukkan rasa sayang terhadap anak-anaknya dengan gemar mencium bau ketiak anaknya.
Menerusi Instagram, suami kepada pelakon Lisdawati itu memberitahu dia memang suka mencium ketiak anaknya kerana suka bau tersebut.
“Saya memang suka cium ketiak anak saya sebab saya suka bau ketiak anak saya.
“Bukan apa, anak saya yang kecil sekali baru berusia setahun lebih dan masih lagi bayi. Sebenarnya bayi ni dia macam ada satu bau yang unik dan saya amat tertarik dengan bau tu.
“Tambahan pula bau bayi ni yang buatkan saya kadang-kadang jadi ketagih sebab bau dia best.” – tulis Fauzi Nawawi.
Fauzi menjelaskan anaknya baru berusia setahun lebih dan bau bayi adalah satu bau yang unik menyebabkan dia amat tertarik dengan bau tersebut.
“Saya akan cium ketiak anak saya hampir setiap hari, setiap kali saya bangun saya akan cari dia dulu.
“Tapi bila tak dapat anak, kadang-kadang emaknya pun jadi,” kongsi Fauzi sambil berseloroh.” – Fauzi Nawawi.
Bagaimana pun, dia mendakwa sekiranya tidak dapat mencium bau ketiak anak, dia akan mencium bau ketiak isterinya pun sudah memadai. Heh!
Sumber : Media Hiburan
Leave a Reply