Fathia Latiff akhirnya tampil untuk meminta maaf kepada semua orang termasuk netizen atas tindakannya menyindir dan memaki netizen dengan ayat berbaur lucah gara-gara mempersoalkan keputusannya membuka hijab dan tidak lagi bertudung.
LIHAT : Video Fathia Latiff Buat ‘Live’ Potong Rambut
“Assalamualaikum semua. Saya ingin meminta maaf di sini atas kekhilafan diri saya sendiri.
“Saya tahu ramai yang sedih dengan saya. Saya minta maaf sekali lagi.
“Saya tahu, pemakaian tudung adalah wajib sebagai orang Islam. Saya meminta maaf atas kesalahan percakapan saya. InsyaAllah saya akan lebih berhati-hati selepas ini,” – Fathia Latiff
Fathia telah membuat permohonan maaf secara terbuka melalui Instastory di akaun Instagram miliknya dan dia telah sedar dengan kesilapan itu dan tidak akan mengulanginya.
Namun, tidak lama selepas itu, permohonan maaf di Instastory itu telah dipadam sejurus dimuat naik. Motif?
Mental….