“Farid Kamil Kena Sabotaj, Ada Orang Masukkan Ganja…”

Semalam kecoh satu Malaysia apabila seorang selebriti yang baru dapat gelaran Datuk telah ditangkap polis gara-gara menampar seorang anggota polis. Siapa lagi kalau bukan Datuk Farid Kamil.

BACA : (Gambar) Farid Kamil Tampar Polis Dalam Keadaan Khayal Ganja

Bukan sahaja satu Malaysia kecoh, peminat-peminat Farid Kamil juga masing-masing menjadi penyiasat persendirian dan membuat andaian tersendiri.

Peminat Farid Kamil dan netizen mengandaikan Farid Kamil telah disabotaj kerana baru-baru ini Farid Kamil telah memuatnaik gambarnya di Instagram bersama Tun Mahathir dengan caption yang berbaur politik.

Ada juga yang mendakwa ada individu yang sengaja memasukkan dadah jenis ganja ke dalam tubuh Farid Kamil. Err… Ganja tu hisap macam rokok jer kot.

Bukan itu sahaja, netizen juga mendakwa pihak polis sengaja memerangkap Farid Kamil memandangkan menampar anggota polis tanpa sebab.

Tak payahlah nak kaitkan politik sangat sebab dah sah memang dia ambil dadah jenis ganja. Tapi kalau tengok cara dia yang agresif macam tu, rasa-rasa dadah jenis lain kot yang dia telan, mungkin?

Carian Anda :

3 Trackbacks / Pingbacks

  1. Hasil RM9 Juta Setahun, Selangor Jadi Negeri Pertama Tanam Ganja?
  2. “Saya Dah Cukup Sabar & Saya Dah Tak Mahu Layan" - Diana Danielle - TEHPANAS
  3. “Saya Dah Cukup Sabar & Saya Dah Tak Mahu Layan" - Diana Danielle - Walaweh!

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*