Farid Kamil Berhari Raya Dalam Penjara, Hukuman Penjara 9 Bulan Bermula Hari Ini

Siapa yang ikuti cerita Farid Kamil yang ‘lalok’ sehingga bertindak luar batasan menampar anggota polis Januari tahun lalu, pasti mahukan kesudahannya bukan?

BACA : Kaitkan Sofi Jikan & Dua Rakan Dengan Dadah, Farid Kamil Didenda RM2,000

Hari ini, Farid Kamil telah dijatuhi hukuman penjara sembilan bulan oleh Mahkamah Majistret Petaling Jaya atas kesalahan menggunakan dadah jenis ganja THC atau Tetra Hydrocannibol Januari tahun lalu.

Menurut portal MyMetro, Farid dijatuhi hukuman itu selepas memilih untuk berdiam diri walaupun sepatutnya membela diri hari ini dan mahkamah juga tidak membenarkan hukuman itu ditangguhkan.

Farid akan dihantar menjalani hukuman penjara di Penjara Kajang bermula hari ini dan menjalani hukuman atas dakwaan mengikut Seksyen 15(1)(a), Akta Dadah Berbahaya yang membawa hukuman maksimum penjara dua tahun atau denda maksimum RM5,000 atau kedua-dua sekali jika sabit kesalahan.

2 Trackbacks / Pingbacks

  1. "Maaf, Tiada Layanan Istimewa Buat Farid Kamil, Dilayan Sama Sahaja" - Penjara Kajang - TEHPANAS
  2. Hukuman Farid Kamil Ditangguhkan Selepas Jalani 35 Hari Di Penjara - TEHPANAS

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*