Kaitkan Sofi Jikan & Dua Rakan Dengan Dadah, Farid Kamil Didenda RM2,000

Susulan daripada kejadian Farid Kamil bertindak ganas di dalam balai polis trafik pada 11 Januari tahun lalu, semasa siasatan polis, Farid mendakwa dirinya dianiaya oleh tiga rakan artisnya dengan memasukkan dadah ke dalam minumannya.

BACA : “Bertuahnya Saya Dapat Nikmati Sesi Mahkamah” – Farid Kamil

Farid mendedahkan kepada polis dadah yang dimasukkan oleh tiga rakan artis iaitu Sofi Jikan, Taj dan Osh yang menyebabkan dia bertindak ganas di dalam balai tersebut.

Namun, laporan yang bercanggah daripada semua pihak, akhirnya Farid mengaku bersalah atas tuduhan memberi keterangan palsu dalam laporan polis berhubung kes dadahnya di Mahkamah Majistret Petaling Jaya semalam.

Menurut portal New Straits Times, berikutan pengakuan bersalah membuat laporan palsu terhadap Sofi Jikan, Taj dan Osh, Farid Kamil telah didenda sebanyak RM2,000 oleh mahkamah.

Untuk empat pertuduhan yang lain, Farid diarahkan untuk membela diri pada 15 dan 16 Mei ini di mahkamah.

2 Trackbacks / Pingbacks

  1. Sofi Jikan Dituduh Hisap Ganja, Boleh Didenda RM5,000 Atau Penjara Dua Tahun - TEHPANAS
  2. Farid Kamil Berhari Raya Dalam Penjara, Hukuman Penjara 9 Bulan Bermula Hari Ini - TEHPANAS

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*