Padah membiarkan anak terbabit aktiviti basikal lajak di Taman Kosas, Ampang, enam penjaga ditahan polis untuk siasatan Ahad lepas.
BACA : “Kepala Sakit Membaca Komen” – Ibu Mangsa Basikal Lajak Kecewa Netizen Komen Melampau
Menurut Ketua Polis Daerah Ampang Jaya Asisten Komisioner Noor Azmi Yusoff, penjaga yang ditahan itu daripada pelbagai latar belakang antaranya, pengawal keselamatan, peniaga dan penyelia hotel.
Bagaimanapun mereka dilepaskan dengan jaminan polis selepas keterangan diambil.
“Mereka ditahan kerana membiarkan kanak-kanak tanpa pengawasan yang berpatutan dan disiasat mengikut Seksyen 33 Akta Kanak-Kanak 2001.
“Jika sabit kesalahan, boleh didenda tidak melebihi RM5,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya,” – jelas Noor Azmi kepada Harian Metro.
Penahahan enam penjaga itu susulan daripada enam remaja berusia 11 hingga 16 tahun ditahan ketika menunggang basikal lajak di jalan raya pada 8.51 malam sebelum dibawa ke Balai Polis Trafik Pandan Indah.
Gambar enam budak ditangkap polis main basikal lajak.
“Mereka kemudian dikenakan saman dan dilepaskan kepada penjaga masing-masing, sementara basikal itu disita mengikut Seksyen 112(3) Akta Pengangkutan 1987.” – Noor Azmi
Apa yang menyedihkan, dua daripada remaja itu yang berusia 15 dan 16 tahun itu didapati tidak bersekolah.
“Kepala Sakit Membaca Komen” – Ibu Mangsa Basikal Lajak Kecewa Netizen Komen Melampau
Leave a Reply