“Majlis Kahwin Nanti Meriah” – Elly Mazlein Bayangkan Ini Perkahwinan Pertama

Selepas spekulasi Elly Mazlein yang bakal berkahwin terjawab apabila tuan badan mengesahkan dirinya bakal menamatkan zaman janda dengan jejaka berusia lewat 20-an pada tahun 2020 nanti.

Menurut Elly, dia tidak sabar untuk kembali bergelar isteri dan dia merupakan insan yang sedang diulit bahagia ketika ini, memetik Media Hiburan.

“Boleh dikatakan saya wanita paling bahagia saat ini. Saya bersyukur dipertemukan dengan insan istimewa yang sayang kita, faham kita.

“Cuma kalau boleh, saya tidak mahu war-war kan majlis nikah secara terperinci lagi. Apa yang boleh saya katakan, insyaAllah kami akan bernikah pada tahun 2020.

“Yang pasti, saya akan kongsi dengan rakan media pada tarikh yang akan dimaklumkan nanti. Tak kan buat sorok-sorok. Sudah tentu saya rancang untuk langsungkan majlis dengan lebih meriah,” – Elly Mazlein.

Dia juga menganggap perkahwinannya dengan lelaki pilihannya itu ibarat yang ‘pertama kali’ buat dirinya kerana majlis perkahwinannya dahulu hanya dibuat di surau sahaja.

“Jadi teringin majlis nanti meriah seperti perkahwinan selebriti lain. Saya nak jemput kawan-kawan rapat pada hari bersejarah nanti.

“Tambahan pula, ini merupakan perkahwinan pertama si dia. Jadi biarlah si dia pun merasa aura dan kegembiraan itu” – Elly Mazlein.

Malah, Elly mahukan majlis perkahwinannya nanti dibuat besar-besaran memandangkan bakal suaminya itu masih bujang dan ia merupakan perkahwinan pertama buat teman lelakinya itu.

3 Trackbacks / Pingbacks

  1. “Majlis Kahwin Nanti Meriah” – Elly Mazlein Bayangkan Ini Perkahwinan Pertama - Info Sebenar
  2. "Berkongsi Luahan Di Laman Sosial Suatu Langkah Bijak" - Elly Mazlein - TEHPANAS
  3. “Berkongsi Luahan Di Laman Sosial Suatu Langkah Bijak” – Elly Mazlein - Info Sebenar

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*