Dr. Sheikh Muszaphar Tegur Hairul Azreen Paksa Anak Berdiri, Namun Komennya Terus Dipadam

Jika anda mengikuti perkembangan pelakon Hairul Azreen dan keluarga di media sosial Instagram, sudah pasti anda kenal dengan anak-anak mereka iaitu Yusuf Iskandar dan Alisa Aisyah yang turut menjadi tumpuan semua.

BACA : Ustaz Kritik Cara Hairul Azreen Melamar Hanis Zalikha

Baru-baru ini, isteri kepada pelakon Hanis Zalikha itu ada memuat naik video anak bongsunya, Alisa yang sedang berdiri dalam genggaman ayahnya.

Rata-rata peminatnya memuji aksi Alisa yang dikatakan gigih untuk cuba berdiri dan tidak kurang memuji tangan Hairul yang sangat kuat.

Namun, komen daripada Dr. Sheikh Muszaphar mengenai aksi Hairul dan anaknya itu menarik perhatian netizen apabila mendakwa perbuatan tersebut boleh mendatangkan bahaya di kemudian hari.

Kredit : Twitter @HuriyyahAinaa_

Menurut Muszaphar lagi, anaknya yang masih bayi itu masih mempunyai kaki yang belum kuat dan masih belum bersedia untuk berdiri.

Belum lama selepas meninggalkan komen tersebut, komen Muszaphar telah ‘hilang’ pada posting terbabit dan sudah pasti dipadam oleh Hairul.

Tindakan Hairul memadam komen terbabit mendapat kecaman daripada netizen dengan mendakwa Hairul seperti tidak dapat ditegur dan sepatutnya komen tersebut harus dibiarkan untuk pengajaran kepada orang lain.

Kerana ingin tahu apa yang Muszaphar komen pada posting tersebut, seorang netizen bertanya kepada Muszaphar mengenai komen itu dan Muszaphar menjawab dengan penjelasan yang sangat padat.

Video Hairul Azreen Paksa Alisa Aisyah  Berdiri

Carian Anda :

1 Trackback / Pingback

  1. Dr. Sheikh Muszaphar Tegur Hairul Azreen Paksa Anak Berdiri, Namun Komennya Terus Dipadam - Info Sebenar

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*