Seorang wanita berasal dari Chongqing, China bertindak membunuh diri selepas mengetahui suaminya adalah seorang homoseksual.
Memetik portal Oriental Daily, wanita yang merupakan seorang doktor itu menjalinkan hubungan dengan seorang lelaki selepas tamat pengajian dan berkahwin selepas lima bulan.
BACA : Cuba Bunuh Diri, Wanita Lempar Anak Lelaki Dari Tingkat 10 Sebelum Terjun Bersama Anak Perempuannya
Bagaimana pun, timbul perkara pelik selepas berkahwin apabila si suami mahu tidur berasingan daripada isterinya.
Perkara tersebut menyebabkan si isteri berasa hairan, namun bersangka baik mungkin dirinya gagal memuaskan suaminya.
Si isteri kemudian mencari bantuan di internet dan netizen mendakwa suaminya mungkin lelaki gay.
Si isteri mula menyoal suaminya mengenai hal-hal berkaitan seksual dan selepas didesak akhirnya lelaki itu mengaku dirinya adalah biseksual.
Dalam masa yang sama, lelaki itu menangis dan berkata dia berkahwin kerana dia sayang padanya serta memohon maaf.
Tersentuh melihat suaminya menangis, dia memaafkan suaminya tetapi tidak lama kemudian dia ternampak mesej lelaki lain di telefon bimbit suaminya, akhirnya lelaki itu mengakui bahawa dirinya adalah gay.
Kecewa dengan suaminya, si isteri mengambil keputusan untuk bercerai dengan suaminya dan selepas itu dia bertindak terjun dari bangunan menyebabkan dia maut serta-merta.
Ibu bapa kepada mangsa percaya kematian anak mereka berpunca dari menantu di mana mangsa ada memaklumkan kepada mereka yang lelaki itu hanya menyukai lelaki, berbanding perempuan.
Ibu bapa mangsa mengambil keputusan untuk memfailkan saman terhadap menantu di atas kematian anak mereka.
Menurut peguam pendakwa, mangsa satu-satunya anak pasangan berkenaan dan berusia 31 tahun pada tahun kejadian serta baru saja berkahwin selama enam bulan.
Peguam memohon mahkamah mengenakan denda 630,000 yuan (RM371,000) terhadap lelaki itu sebagai pampasan di atas kematian doktor berkenaan, tetapi mahkamah menolak tuntutan saman dari ibu bapa doktor itu.
Leave a Reply