Seorang remaja perempuan berusia 14 tahun terpaksa dimasukkan ke wad kecemasan hospital pada 28 Mei lepas selepas mengadu sakit perut dan sukar untuk makan makanan serta sukar membuang air besar.
Selepas doktor menjalankan CT scan perutnya, doktor mendapati bahawa perut, usus dan saluran duburnya dipenuhi dengan ‘mutiara’ yang diminumnya selama ini di Zhejiang, China.
Menurut laporan Sin Chew, gadis tersebut memberitahu kepada doktor bahawa dia hanya minum segelas sahaja ‘Bubble Tea Pearls’ tersebut lima hari yang lalu.
Dr. Zhang yang merawat gadis itu mengatakan dia menipu memandangkan terlampau banyak ‘mutiara’ terdapat dalam seluruh perutnya dan berkemungkinan dia sudah mengambil minuman tersebut terlampau kerap dan banyak.
Remaja perempuan itu diberi julap untuk membantu mengeluarkan ‘mutiara’ yang berada di dalam seluruh perutnya.
Pengarah Dia Yuling dari People’s Hospital of Zhuji City menjelaskan bahawa ‘mutiara’ tersebut diperbuat daripada kanji ubi kayu menyebabkan sukar untuk dicerna.
Sesetengah penjual minuman tersebut menjadikannya lebih kenyal, sebab itulah ianya semakin berbahaya kepada sistem pencernaan manusia sekiranya dimakan atau minum dalam kuantiti yang banyak.
Leave a Reply