“Suami Saya Masukkan Masa Dia Mabuk” – Doktor Terkejut Jumpa ‘Handle’ Motosikal Dalam Rahim

Seorang wanita berusia 30 tahun terpaksa dikejarkan ke hospital selepas mengadu sakit perut yang melampau.

BACA : Wanita Tanpa Alat Sulit Jalani Pembedahan Guna Kulit Ikan Tilapia

Sebaik sahaja sampai di Hospital MY di Indore, Madya Pradesh, tengah India, doktor melakukan ujian imbasan dan terkejut apabila menemui objek besar di dalam rahimnya, lapor Metro.

Doktor terus mengarahkan untuk menjalani pembedahan segera dan seramai 19 doktor mengendalikan pembedahan selama empat jam itu untuk mengeluarkan objek tersebut.

Sebaik sahaja dikeluarkan, semua doktor membelek objek tersebut dan terkejut apabila mendapati objek tersebut rupa-rupanya ‘handle’ motosikal.

“Suami mangsa memberi amaran kepadanya untuk tidak memberitahu sesiapa mengenai perkara itu.

“Objek itu berada di dalam rahimnya selama dua tahun dan sudah menjejaskan beberapa organ dalamannya.

“Rahimnya terhakis sepenuhnya, sebab itu ia terpaksa dibuang. Namun kami berjaya menyelamatkan pundi kencingnya,” – Dr Sonia Moses

Menurut Dr Sonia Moses yang mengetuai pembedahan tersebut, wanita itu memberitahu objek tersebut dimasukkan ke dalam kemaluannya oleh suamniya ketika mabuk.

Objek tersebut sudah berada di dalam rahim ibu beranak enam itu selama dua tahun dan telah menjejaskan banyak organ dalamannya.

Wanita malang itu masih ditempatkan di ICU tetapi sudah sedarkan diri, manakala suaminya sudah ditahan oleh pihak polis untuk siasatan lanjut.

Carian Anda :

1 Trackback / Pingback

  1. Alat Sulit Tersekat Dalam Batang Besi Paip, Bomba Terpaksa Potong

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*