Kantoi ‘Main’ Dengan Isteri Orang, Doktor Dibelasah Di Klinik Oleh Suami Skandal

Sebuah rakaman berdurasi 2 minit 20 saat yang viral di media sosial sejak awal pagi tadi memaparkan seorang doktor lelaki dibelasah teruk oleh seorang lelaki yang dikenali sebagai Aiman.

BACA : Berang Isteri Curang, Suami Potong & Bawa Lari Kemaluan Kekasih Isteri

Menurut sumber, doktor tersebut yang bertugas di klinik swasta Lita Alis di Bandar Baru Bangi diserang, ditumbuk dan dipijak serta diterajang semasa bertugas.

Aiman berhenti membelasah doktor itu selepas dihalang oleh seorang wanita yang dipercayai keluarga kepada Aiman.

Sumber juga turut mendedahkan, punca doktor tersebut dibelasah kerana didakwa mempunyai hubungan sulit dengan isteri Aiman yang bekerja sebagai jururawat.

Malah, isteri Aiman berlaku curang selama lapan ke 10 bulan sepanjang ketiadaan suaminya yang bekerja di Dubai.

Menurut cerita sumber, isteri Aiman bertemu dengan doktor tersebut buat kali pertama ketika datang ke klinik dia bertugas untuk mendapatkan sijil sakit.

Pada masa itulah, doktor yang sudah mempunyai isteri itu didakwa cuba memikat isteri Aiman dan pada masa sama wanita tersebut pun ‘melayan’ lelaki itu.

Bagaimanapun hubungan sulit pasangan itu terbongkar selepas keluarga Aiman mengintip pergerakan isterinya.

“Si nurse tak cerdik, konon educated padahal b**** tak tahu CCTV lif, CCTV lobi, CCTV gate, CCTV lot parking penuh.

“So si suami balik dari Arab Saudi hari ni datang belasah doktor tu,” – info yang tersebar di Twitter.

Sumber : mStar Online

Tampil untuk mempertahankan kakaknya, adik kepada jururawat tersebut tampil mendedahkan perkara sebenar dan menjelaskan kakaknya itu sering dituduh berlaku curang oleh suaminya sepanjang dua tahun mereka hidup bersama.

Rupa-rupanya hubungan isteri Aiman dan doktor tersebut sudah diketahui kedua-dua keluarga dan telah selesai selepas mereka berbincang mengenai perkara itu.

“My family dengan family belah sana pun dah jumpa doktor tu dah bincang elok-elok supaya jangan berkawan lagi dah sebab masing-masing dah berkahwin kan.

“Dan settle diorang pun tak jumpa lagi dah and my sis continue focus with her job. And today my brother in law balik KL terus serang doktor tu without any explanation.

“Padahal this case dah settle. Benda ni jadi case polis sebab serang orang secara tiba-tiba,” – jelas adik ipar Aiman.

Dalam pada itu, adik kepada jururawat itu mendakwa kes terbabit sudah menjadi kes polis kerana menyerang doktor tersebut secara tiba-tiba.

Video Doktor Kena Belasah Sebab Kantoi Main Dengan Bini Orang

Carian Anda :

2 Trackbacks / Pingbacks

  1. "Aku Nak Puas Pun Susah" - Skandal Doktor Dedah Punca Curang Dengan Suami - HOIVIRAL
  2. Perakam Doktor Kena Belasah Jawab Isu Tunggakan 11 Tahun Nafkah Anak - HOIVIRAL

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*