Susulan video ‘Nak Duit Raya Tak’ viral di laman sosial, bapa kepada kanak-kanak di dalam video tersebut ingin berjumpa dengan lelaki yang merakam video tersebut dan akhirnya lelaki tersebut menghubungi bapa kanak-kanak tersebut.
BACA : Video ‘Nak Duit Raya Tak’ Viral, Bapa Ingin Bertemu Si Perakam Video
Sebentar tadi, bapa kepada salah seorang kanak-kanak (baju hijau) di dalam video tersebut menghubungi kami melalui pesanan peribadi mengatakan si pelaku akan datang ke rumahnya esok hari bersama keluarganya.
Si pelaku akan datang ke rumah Shahrulnizam Jaafar di Kampung Sungai Keria, Perlis bertujuan untuk memohon maaf secara bertentang mata.
Bapa kepada Nur Qistina Huda yang merupakan pesara tentera itu juga turut berterima kasih kepada semua netizen yang berkongsi dan memberi nasihat kepadanya sehingga si pelaku menghubunginya petang semalam.
ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA..SAYA DENGAN RENDAH HATI DAN RENDAH DIRI INGIN MENGUCAPKAN TERIMA KASIH KEPADA KELUARGA,SAHABAT2 DAN JUGA NITEZEN2 KERANA PERIHATIN DAN MEMBERI SOKONGAN BUAT ANAK SAYA,SEPUPU2NYA DAN JUGA KELUARGA SAYA..DI SINI SAYA NAK MEMAKLUMKAN SIPELAKU TELAH MENGHUBUNGI SAYA DAN BERJANJI AKAN DATANG KE RUMAH ESOK HARI BERSAMA KELUARGANYA UNTUK BERJUMPA DAN MEMOHON MAAF SECARA EMPAT MATA DENGAN KELUARGA SAYA TERUTAMA DENGAN ANAK SAYA..OLEH ITU SAYA MOHON KEPADA SEMUA MENDOAKAN AGAR SEMUANYA BERJALAN DENGAN LANCAR..INSHA ALLAH..
Jom, kita doakan semoga pertemuan antara mereka esok berjalan dengan lancar seperti mana yang dirancang oleh bapa Qistina dan si pelaku.
Leave a Reply