Dahulu kita lihat sekiranya ada apa-apa program realiti, sudah pasti kita akan lihat wajah Datuk Seri Hasmiza Othman atau nama komersialnya, Datuk Seri Vida di kaca tv selaku penaja utama program tersebut.
Hampir setahun Datuk Seri Vida tidak muncul dalam program TV, pelbagai andaian dan spekulasi telah timbul dan ada yang mendakwa Datuk Vida berdepan masalah kewangan selepas mata wang kripto LaVida Coin yang dilancarkannya berdepan dengan masalah.
Namun, menurut laporan dari Astro Awani, Datuk Vida menafikan dakwaan tersebut dan memberitahu dia sedang ternanti-nantit rancangan baharu untuk ditaja terutamanya rancangan makan-makan.
“Astaghfirullah hal ‘azim. Apabila tak keluar televisyen, cakap begitulah. Saya aktif di media sosial. Kalau nak berunding, tiada follower, siapa yang nak beli.
“Empat tahun asyik berebut mikrofon. Saya sekarang sedang tunggu kalau ada rancangan baharu. Bagilah rancangan apa nak taja, makan-makan ka,” – Datuk Seri Vida.
Datuk Vida menjelaskan lagi, perniagaannya masih stabil dengan tumpuan kepada beberapa produk baharu termasuk makanan dan akan melancarkan lagu single terbarunya berkonsepkan cinta selepas Hari Raya Aidilfitri nanti.
Leave a Reply