“Kami Tak Bertegur Pun” – Datuk Vida Nafi Amaris Bekerja Semula Dengannya

Penyanyi dan usahawan kosmetik Datuk Seri Hasmiza Othman mendedahkan pelakon Putra Amaris sudah berhenti kerja dengan syarikatnya sejak Disember lalu.

BACA : Datuk Vida Minta Maaf Pada Aisyah, Isu Beri Berlian Palsu

Datuk Vida turut menyangkal dakwaan bahawa pelakon tersebut sudah kembali bekerja dengannya semula adalah tidak betul.

“Dia bukan lagi staf saya. Terkejut saya bila dia kata sudah bekerja semula dengan saya. Hakikatnya itu tak betul.

“Dia dah lama berhenti… bulan Disember lepas. Rasanya dia pun dah pernah cakap dia dah berhenti sebelum ini,” – Datuk Seri Vida.

Selepas dia berhenti bekerja, Vida berkata dia tidak lagi berurusan dengan Amaris dan mengakui pernah terserempak dengan dia masa program raya tempoh hari.

“Kami tak pernah berurusan lagi tapi saya pernah terserempak dengan dia masa program raya tempoh hari.

“Tapi kami tak bertegur pun. Nak cakap kami dah berbaik semula memang jauh sekali.

“Dulu anggapan dia negatif tapi sekarang mujurlah dah sedar. Sebenarnya banyak dah saya bantu dia,” – Datuk Seri Vida.

Datuk Vida membangkitkan perkara tersebut susulan Putra Amaris menjelaskan hubungannya dengan usahawan kosmetik itu sudah kembali jernih.

Malah, Amaris juga mendakwa dia kini membantu dalam menguruskan hal pemasaran dan perniagaan Datuk Vida.

Kasihan Pada Ibu, Cik B Serah RM100,000 Ganti Berlian Aishah

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*