Susulan gelang berlian palsu yang diberikan oleh kepada jutawan kosmetik, Datuk Seri Vida kepada penyanyi Wan Aishah Wan Ariffin atau Aishah sempena kemenangan program realiti Gegar Vaganza 4, Datuk Vida hari ini membuat permohonan maaf.
BACA : Tidak Muncul di Kaca TV Lagi, Datuk Seri Vida Nafi Jatuh Miskin
Baru-baru ini Aishah telah mengadakan sidang akhbar memaklumkan bahawa Vida akan membayar harga barang kemas yang dipilihnya berjumlah RM80,000 dan membuat permohonan maaf secara terbuka terhadap dirinya sebelum atau pada 17 Julai ini.
“Saya, Datuk Seri Vida secara terbuka memohon maaf kepada Wan Aishah Binti Wan Ariffin atas representasi salah terhadap hadiah barang kemas tambahan Gegar Vaganza 4.
“Semoga apa yang saya buat ini memberi kegembiraan kepada mereka yang menerima dan mereka yang menantikan keputusan daripada dulu sampailah sekarang, dah setahun lebih.
“Di sini saya ingatkan tiada istilah kalah menang tapi atas persetujuan bersama lahirlah tiga keputusan yang saya rasa walaupun nampak macam tak kisah tapi bagi saya dengan hati yang ikhlas dan rela,” – Datuk Seri Vida.
Datuk Vida atau nama sebenar Datuk Seri Hasmiza Othman membacakan permohonan maaf itu di kediamannya di Ipoh pada Sabtu seperti yang termaktub dalam keputusan bersama sewaktu sesi mediasi yang berlangsung di Mahkamah Sesyen Sivil 11 Kuala Lumpur, 1 Julai lalu.
Sumber : Astro Awani
Leave a Reply