Bercerai Kali Ketiga, Datuk Seri Vida Takut Kahwin Lagi

Selepas gagal dalam ketiga-tiga perkahwinan, Datuk Seri Vida mendakwa dirinya takut dan serik untuk berkahwin lagi dan untuk menenangkan perasaan, Datuk Seri Vida berehat daripada sebarang aktiviti.

BACA : Punca Datuk Vida Bercerai Akhirnya Didedahkan

“Tak tahu nak cakap. Kami berpisah cara mudah, dipersetujui dengan mudah. Tidak ada apa-apa perkara berbangkit selepas perpisahan ini. Saya harus kuat. Rancang tumpu pada bisnes, buat yang terbaik untuk perniagaan. Saya tak mahu layan perasaan ini”

“Begitu juga dengan anak-anak, mereka ada bertanya, mereka boleh terima dan mereka juga perlu kuat. Saya bercadang untuk bercuti selama 10 hari bersama keluarga. Pergilah ke mana-mana. Buat masa ini serik untuk kahwin lagi,” – Datuk Seri Vida.

Datuk Vida mengambil keputusan untuk bercuti selama 10 hari bersama keluarga tetapi lokasi bercuti tidak pula dimaklumkan.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*