(Video) Datuk Hattan Didakwa Tipu RM1 Juta, Ugut Wartawan Jangan Sebar Berita

Seorang wanita wanita yang dikenali sebagai Noor Maszura Abu Bakar menggelarkan dirinya Kak Zab mendakwa Datuk Hattan telah menggunakan namanya dan suami, bekas vokalis kumpulan Baji, Abang Yusuf Abang Daud sebagai penjamin untuk pinjaman bank pada 15 tahun yang lepas.

LIHAT : (Video) Black Malukan Dato’ Hattan, Mahukan Juri Yang Profesional Lepas ini

Isu yang disenyapkan selepas berlanjutan sejak 15 tahun lalu dan mendakwa Hattan lepas tangan dan enggan bertanggungjawab.

Dalam video yang dimuatnaik di Youtube, Kak Zab menceritakan kembali kejadian tersebut apabila mendakwa Hattan yang akrab dengan mereka telah melantik pasangan suami isteri itu untuk menjadi pengarah di sebuah syarikat Hattan.

Kak Zab mengatakan pinjaman yang dibuat oleh Hattan menggunakan nama syarikat termasuk pinjaman rumah, kereta dan wang.

Pada mulanya semua dalam keadaan baik, namun masalah mula timbul apabila, pinjaman tersebut tidak dibayar oleh Hattan dan pasangan suami isteri itu diminta untuk menjelaskan pinjaman sebagai penjamin.

Sebelum ini, Kak Zab ingin mendapatkan penjelasan daripada Hattan namun dia diugut akan ‘dirodok’ dengan pisau selain suaminya pernah diugut oleh adik beradik penyanyi tersebut.

Noor Maszura menjelaskan lagi sebelum ini pernah mendedahkan isu hutang Hattan menipu diri dia dan suami kepada wartawan antaranya Melodi dan Harian Metro tetapi wartawan Harian Metro diugut oleh Hattan jangan menyebarkan berita ini. Jika disebarkan, wartawan tersebut akan dibuang kerja dari Harian Metro.

Wanita ini juga turut mengakui pernah mendapat rawatan sakit jiwa di Hospital Kuala Lumpur kerana tekanan daripada masalah bankrup ini.

Pada 2012, isu ini pernah diketengahkan dan kecoh namun Hattan tampil menjelaskan yang dirinya mengetahui apa yang dilakukannya.

VIDEO WANITA DAKWA HATTAN TIPU RM1 JUTA

Penipu Penyagak Banyak sangat

Dikirim oleh Zura Abu Bakar pada Rabu, 08 Maret 2017

Datuk Hattan Failkan Saman Ke Atas Kak Zab & Suami

Datuk Hattan sedar akan kewujudan video ini akhirnya tampil memberi penjelasan dan sudah membuat satu laporan di Balai Polis Dang Wangi, Kuala Lumpur semalam berhubung dakwaan tersebut.

“Saya sudah buat laporan polis semalam dan peguam telah mengeluarkan surat saman terhadap kedua-dua individu tersebut.

“Semua yang dinyatakan mereka adalah fitnah dan saya sudah serahkan kepada polis dan peguam untuk tindakan selanjutnya,” – Hattan.

Datuk Hattan mendakwa yang wanita tersebut sengaja untuk membuat penyebaran video tersebut sebagai satu platform kepada wanita berkenaan untuk tujuan melariskan perniagaannya.

Hattan bagaimanapun enggan mengulas mengenai dakwaan wanita tersebut dan menyerahkan tindakan selanjutnya kepada peguam.

“Apabila kita popular, ramai yang akan mengambil kesempatan,” – Hattan.

Hattan juga memberitahu akan menyerahkan kes ini kepada peguam dan tidak akan memberi penjelasan mengenai isu ini.

TehPanas – Patut la dalam Mentor Milenia cara komen pun boleh tahan… Heh!

1 Trackback / Pingback

  1. Rahsia Hattan Terus Dibongkar, Hattan Dilabelkan Sebagai Beruk

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*