Fynn Jamal telah diminta oleh Damian VE (Kumpulan V.E) untuk berhenti daripada menyanyi dalam status Twitter miliknya dan menyifatkan teguran itu adalah satu teguran yang jujur dan bukanlah untuk menjatuhkan maruah penyanyi wanita yang terkenal dengan lagu Arjuna Beta itu.
Dalam status tersebut, ramai peminat Damian VE menyokong kenyataan Damian dan tidak kurang hebat dengan peminat Fynn Jamal yang agak gusar dengan status Damian tersebut.
Namun, Damian VE sangat bijak membalas setiap komen yang diajukan kepadanya dengan tenang dan jujur, tiada sedikit pun menyakiti hati peminat-peminat Fynn Jamal.
Ada juga yang berpendapat Fynn Jamal hanya boleh mencipta lagu dan lirik tetapi tidak boleh menyanyi, tetapi tak sangka ada juga yang mendakwa karya atau lagu yang dicipta oleh Fynn Jamal adalah karya sampah. Wow!
Setakat ini, Fynn Jamal atau lebih dikenali dengan panggilan Kok Ping oleh peminatnya belum lagi memberi sebarang reaksi dan komen mengenai teguran Damian VE yang meminta agar dirinya berhenti menyanyi ini.
Leave a Reply