Seorang wanita dan adiknya nekad untuk berpindah ke tengah hutan jauh daripada orang ramai kerana percaya keluarga mereka terkena satu sumpahan yang menyebabkan adik beradiknya meninggal dunia seorang demi seorang setiap tahun.
Wanita yang dikenali sebagai Semi, berusia 75 tahun menjelaskan menurut ayahnya keluarga itu terkena satu sumpahan.
“Ayah saya kata macam terkena sumpahan sebab adik beradik saya selalu meninggal. Kami ada 8 beradik, dan setiap tahun meninggal satu per satu. Sekarang tinggal 2 orang sahaja termasuk saya” – Semi.
Sebelum ini, Semi dan suami serta adiknya menetap di Pekalongan, Indonesia terpaksa tinggal di tengah-tengah hutan sejarak 12 kilometer dari kawasan kampung.
Menurut orang kampung, dalam hutan yang mereka sekeluarga duduk itu tidak selamat kerana banyak haiwan liar seperti babi hutan dan kera.
Namun, mereka sudah pun tinggal di dalam hutan tersebut berpuluh-puluh tahun sejak tahun 1966, malah sekarang sudah beranak pinak.
Menurut Semi, ayahnya meninggal pada tahun 1980-an disebabkan diserang satu penyakit misteri dan kini Semi serta suaminya Untung, memiliki 2 orang anak dan 7 orang cucu.
Walaupun masih tinggal di dalam hutan sejak tahun 60-an, kini keadaan tempat tinggal rumahnya dah bertambah baik kerana terdapat bekalan air dan elektrik.
Menurut portal Tribunnews, semasa ayah Semi masih hidup, dia terkena penyakit Kusta, satu penyakit yang disebabkan oleh sejenis bakteria dipanggil Mycobacterium Leprae yang berjangkit secara perlahan-lahan dan menyerang bahagian kulit, saraf kaki dan tangan, serta lain-lain organ seperti mata dan hidung.
Jadi, tidak hairanlah mengapa ayahnya mengambil keputusan untuk tinggal di dalam hutan jauh daripada orang ramai. Mungkin semasa hayatnya dia dipulau oleh orang kampung. Siapa tahu?
Cacing Sepanjang 1.8 Meter Dalam Perut, Punca Makan Daging Babi
Leave a Reply