“Jujur Macam Mana Pun Tetap Disalah Erti” – Da’i Farhan Kesal Keikhlasannya Dipandang Sinis

Minggu lalu, juara program Da’i musim kedua, Nik Ahmad Farhan membuat laporan polis ke atas seorang wanita yang dikenali sebagai Ches Al-Maliki dan netizen yang memfitnah dirinya di laman sosial.

BACA : Da’i Farhan Dedah Terpaksa Tolak 18 Wanita Ajak Berkahwin, Akur Kepada Calon Ke 19

Namun, baru-baru ini Farhan memuat naik paparan skrin temu bual eksklusif dia bersama mStar pada 29 November lalu yang mendedahkan dia dipelawa oleh 18 orang wanita yang berhasrat menjadi isteri keduanya sebelum ini.

“Syukur Alhamdulillah, ramai warga masyarakat yang sudah menonton. Orang yang melihat dengan positif, pasti dapat yang positif.

“Orang yang lihat dengan sebaliknya, pasti dapat yang sebaliknya. Apa-apa pun, inilah hakikat akhir zaman.

“Kebaikan dan keikhlasan sering dipandang sinis oleh segelintir masyarakat. Ceritalah dengan jujur macam mana pun, tetap disalah ertikan.

“Jadi, tak mengapalah, terus melayari hidup dengan tenang, sabar dan tawakal… Insya-Allah,” tulis Farhan di laman Instagramnya.

Dia bersyukur kerana ramai yang telah menonton video temu bual eksklusifnya itu namun kesal dengan segelintir masyarakat yang memandang sinis dengan kebaikan dan keikhlasannya.

Nama Da’i Farhan terus menjadi bualan hangat selepas memuatnaik sebuah posting mengenai keikhlasannya berkahwin dengan seorang janda beranak lapan di Makkah.

Da’i Farhan Dedah Terpaksa Tolak 18 Wanita Ajak Berkahwin, Akur Kepada Calon Ke 19

Carian Anda :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*