Da’i Farhan Dedah Terpaksa Tolak 18 Wanita Ajak Berkahwin, Akur Kepada Calon Ke 19

Kontroversi perkahwinan juara Da’i musim kedua, Nik Ahmad Farhan dengan janda beranak lapan masih hangat diperkatakan dan kali ini, dia mendedahkan sebelum ini pernah dipelawa oleh 18 orang wanita untuk menjadi isteri keduanya.

BACA : “Saya Janda Anak Satu, Boleh Terima Ke Status Saya Tu? – Siti Nordiana

Bagaimanapun, kesemua 18 hajat wanita tersebut ditolak atas dasar tiada keperluan untuk berbuat demikian tetapi dia tidak mampu menolak takdir Allah yang sudah menetapkan jodohnya dengan wanita ke 19 yang kini bergelar isteri keduanya.

“Jujur saya katakan, sudah 18 orang wanita sudah meminta untuk menjadi isteri kedua sepanjang tempoh beberapa tahun perkahwinan saya dengan Fatin (isteri pertama). Namun semuanya saya tolak dengan mudah, namun wanita yang ke 19 ni membuatkan saya tiada kekuatan untuk menolak.

“Masyallah… Auranya membuatkan saya terkenang kisah penyatuan cinta antara Nabi Muhammad SAW dan Siti Khadijah,” – jelas Farhan kepada mStar.

Sebelum ini, Farhan dikecam ramai pihak selepas mendedahkan dia menikahi seorang janda anak lapan di Makkah beberapa hari lalu tanpa pengetahuan isteri pertamanya.

Menurut Farhan, isteri pertamanya berfikiran terbuka mengenai konsep berpoligami kerana isterinya pernah meminta Farhan untuk berkahwin dengan rakannya sendiri.

2 Trackbacks / Pingbacks

  1. "Jujur Macam Mana Pun Tetap Disalah Erti" - Da'i Farhan Kesal Keikhlasannya Dipandang Sinis - TEHPANAS
  2. "Tuduhan Nusyuz Terlalu Berat" - Isteri Da'i Farhan Sedih Dituduh Derhaka Sehingga Diceraikan - TEHPANAS

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*