Curi Pati Ayam Brand’s Untuk Anak, Ibu Tunggal Dipenjara 2 Bulan

Seorang wanita yang merupakan ibu tunggal ditahan polis selepas disyaki mencuri dua kotak Pati Ayam Brand’s di sebuah pasar raya untuk diberi kepada anak perempuannya.

BACA : Curi Kain Batik, Ibu Kepada 4 Anak Dipenjara & Didenda

Apa yang menyedihkan semasa wanita itu melakukan kesalahan itu, dia dilihat sedang menggendong anaknya yang berusia 1 tahun.

Menurut portal See Hua Daily, kecurian itu sebenarnya berlaku pada 4 Ogos dan baru diketahui oleh pihak berkuasa pasaraya apabila mereka menyemak rakaman CCTV keesokan harinya.

Selepas itu, kakitangan pasar raya tersebut memutuskan untuk membuat laporan polis terhadapnya kerana mencuri, dan dua hari selepas laporan dibuat, polis menangkap wanita itu di rumahnya.

Selepas mengakui perbuatannya, dia menangis dan memohon hukuman yang lebih rendah kerana dia seorang ibu tunggal yang bercerai dengan suami dan terpaksa membesarkan bayinya yang baru berusia 1 tahun itu.

Oleh kerana itu, hakim memutuskan untuk mengurangkan hukuman kepada 1 hari penjara dan denda RM1,000 tetapi tertuduh tidak mampu membayar wang tersebut menyebabkan hakim menjatuhkan hukuman kepada 2 bulan penjara.

Menurut laporan, kos keseluruhan pasar raya untuk ‘Essence of Chicken‘ yang dicuri itu ialah RM183.96, namun identiti wanita itu dan pasar raya tersebut tidak dinyatakan, hanya diketahui ianya terjadi di dalam negara kita, Malaysia.

1 Trackback / Pingback

  1. Curi Ayam Demi Anak-anak, Wanita Dibebaskan Tanpa Syarat - HOIVIRAL

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*