Guna Bahan Vegetarian Tapi Cupcakes ‘Mandul Babi’ Buat Netizen Jadi Bingung

Gara-gara nama produk yang ‘haram’ untuk dimakan oleh orang Islam, Cupcakes ‘Mandul Babi’ telah mencetuskan huru-hara di laman Twitter apabila netizen masing-masing berbalah mengenai produk tersebut.

BACA : Ladang Babi Moden Mulai 2022, Perak Akan Laksanakan Sepenuhnya

Seorang pengguna Twitter memuat naik gambar produk ‘Mandul Babi’ yang dipercayai berisi cupcakes diperbuat daripada bahan berasaskan vegetarian sahaja.

Disebabkan menggunakan nama haiwan yang popular di Malaysia itu, timbul keraguan invididu terbabit dan dia bertanya kepada Majlis Agama Islam Singapura (MUIS) di laman Twitter sama ada ini boleh dimakan kerana ia ditulis dengan perkataan ‘babi’ pada bungkusan tersebut.

Pertanyaan pengguna Twitter itu dibalas oleh MUIS dengan ayat yang mencuit hati, “We want to reply but the packaging (is) scaring us.”, balas MUIS.

Dalam pada itu, salah seorang pengguna Twitter mengatakan dia pernah makan produk terbabit dan menegaskan ianya tiada mempunyai kandungan babi dan halal.

Ada juga yang memberitahu sekiranya produk tersebut cuba dijual di Malaysia, sudah pasti tidak dapat kelulusan halal JAKIM memandangkan bungkusannya meragukan.

Cacing Sepanjang 1.8 Meter Dalam Perut, Punca Makan Daging Babi

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*