Cuci Pinggan Pakai Air Lopak, Restoran Raj’s Banana Leaf Diarah Tutup

Susulan video pekerja restoran Raj’s Banana Leaf mencuci pinggan menggunakan air lopak di tepi jalan belakang kedai tular di laman sosial, Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan, Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan hadir di premis restoran makanan daun pisang bagi menjalankan pemeriksaan di Bangsar, Kuala Lumpur, pagi tadi.

BACA : Semua Kedai Mamak Memang Macam Ini Kotor!

Tidak ketinggalan, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) turut hadir dan menyerahkan notis penutupan restoran terbabit serta merta namun restoran itu tidak beroperasi pada hari ini dan hanya seorang sahaja pekerjanya hadir untuk membuka kunci premis berkenaan bagi membolehkan pemeriksaan dilakukan.

Semalam pihak pengurusan restoran berkenaan memohon maaf menerusi akaun Facebook rasminya berkenaan dengan video yang viral tersebut dan mengumumkan untuk menyediakan juadah buka puasa percuma di cawangannya di Bangsar pada 31 Mei ini, dari 7.30 malam sehingga 9.30 malam.

VIDEO PEKERJA RESTORAN RAJ’S BANANA LEAF CUCI PINGGAN PAKAI AIR LOPAK

Kedai makan area KL. Bagus kedai ni mengamalkan jimat cermat sebab cuci pinggan mangkuk guna air lopak. Tahniah 👏👏👏

Dikirim oleh TEHPANAS pada Selasa, 29 Mei 2018

VIDEO KEDAI MAKAN RAJ’S BANANA LEAF KENA SERBU

CUCI PINGGAN PAKAI AIR LOPAK, RESTORAN RAJ’S BANANA LEAF DITUTUPPagi ni pelbagai agensi kerajaan dan pihak berkuasa membuat serbuan.INFO PENUH : http://www.tehpanas.com/cuci-pinggan-pakai-air-lopak

Dikirim oleh TEHPANAS pada Selasa, 29 Mei 2018

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*