Dapat Liputan Meluas, Cindy Ng Disiasat Seksyen 302 KK Kerana Membunuh

Selepas mendapat perhatian dan liputan meluas, akhirnya remaja perempuan yang dikenali sebagai Ng Pei Ven atau Cindy Ng dituduh dan disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan selepas mendapat arahan Pejabat Timbalan Pendakwa Raya negeri.

BACA : Latar Belakang Cindy Ng Yang Membuat Anda Terkejut

Sebelum ini kes disiasat mengikut Seksyen 44 Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan Seksyen 15(1) Akta Dadah berbahaya 1952 tetapi dengan ego mengaku tidak bersalah dan diikat jamin sebanyak RM5,000 dengan dua penjamin.

Namun selepas kertas siasatan disiapkan pihak pendakwaan mahu siasatan kes dilakukan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksan kerana membunuh dalam kemalangan yang menyebabkan Mohamad Fandi Rosli maut selepas terbabit dalam kemalangan membabitkan enam kenderaan di Kilometer 134, Lebuh Raya Utara Selatan arah utara dekat Permatang Pauh.

“Kita mahu suspek dituduh dengan segera memandangkan kes ini mendapat liputan meluas serta membabitkan kepentingan awam,” – Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid.

Harus diingat, tidak semestinya Cindy Ng akan dijatuhkan hukuman Seksyen 302 KK iaitu membunuh kerana seksyen 302 KK banyak pecahan dan lepas ini sudah pasti dia akan melantik peguam yang termasyhur untuk melepaskan dirinya. Catcha!

TehPanas – Pssttt… rupanya kena ada liputan meluas, barulah pihak berkuasa ambil tindakan sewajarnya… Oh macam tu…

Carian Anda :

1 Trackback / Pingback

  1. Cindy Ng ‘Pembunuh’ Punya Pasal, Cindy Ng Miss Universe Malaysia Kena Kecam

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*