“Cikgu Tarik Telinga Anak Saya Sampai Koyak & Hampir Putus”

Hanya kerana pergi ke tandas dalam masa yang agak lama, telinga seorang murid perempuan tahun dua koyak dan hampir putus seleps ditarik oleh seorang guru lelaki di Sekolah Rendah Janda Baik, Bentong, Pahang.

BACA : “Itu Adik Saya” – Cerita Sebenar Gambar Budak Tidur Di Kaki Lima Sekolah

Kejadian yang berlaku pada Selasa minggu lalu ke tandas kerana sakit perut semasa peperiksaan sedang dijalankan.

Disebabkan terlalu lama berada di dalam tandas, seorang guru lelaki berang dan bertindak menarik telinga murid perempuan itu hingga cedera.

Ibu mangsa mendakwa telinga anaknya terkoyak dan hampir putus sehinggakan terpaksa menerima beberapa jahitan.

“Apalah salah budak umur 8 tahun baru…dia sakit perut sebab tu lama pergi toilet..ajak cikgu berbincang dia boleh larikan diri.

“Lepas itu dah on the way pergi hospital baru dia text minta maaf…kecut anu betul jantan macam ni,” tulis ibu mangsa menerusi laman sosial Facebook.

Akibat kecederaan yang agak parah itu, ibu bapa murid berkenaan kemudiannya membawa kanak-kanak itu mendapatkan rawatan di Hospital Tawakal Kuala Lumpur  dan menurut doktor kes tersebut terpaksa dirujuk kepada pakar berikutan bimbang boleh menjejaskan urat saraf atau masalah lain.

Laporan polis telah pun dibuat dan Ketua Polis Daerah, Superintenden Yusof Unis mendakwa kes tersebut dibuka mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan.

1 Trackback / Pingback

  1. Masukkan Budak Dalam Mesin Basuh, Lelaki Didakwa

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*