Cikgu Berlumba Haram & Menunjukkan Aksi Bahaya Ditahan Polis

Biasanya seorang cikgu menjadi contoh kepada anak murid, tetapi kali ini berbeza dengan seorang guru lelaki ini apabila ditahan kerana berlumba haram di Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu dekat Balik Pulau, awal pagi tadi.

Dalam Op Samseng Jalanan 2 pagi itu, guru berusia 25 tahun yang menunggang Yamaha YZF-R1 kuning itu ditahan bersama seorang lagi lelaki berusia 31 tahun yang bekerja sebagai tukang masak yang menunggang Aprilia RSV4 merah.

Menurut Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintendan A A Anbalagan, cikgu dan tukang masak itu didapati berlumba sambil menunjukkan aksi berbahaya.

“Siastan lanjut mendapati guru berkenaan masih dalam tempoh percubaan dan mengajar di sebuah sekolah menengah di kawasan Timur Laut.

“Dua suspek berkenaan dibebaskan dengan jaminan polis dan kita merujuk kertas siasatan kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan lanjut,” – jelas Anbalagan kepada Harian Metro.

Pihak polis juga masih masih menjalankan siasatan lanjut sama ada mereka bertaruh wang ataupun sekadar suka-suka sahaja semasa berlumba.

Kes disiasat mengikut Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*