Seorang budak perempuan berusia 3 tahun terpaksa dikejarkan ke hospital 11 April lalu selepas chopstick tertusuk ke dalam mulutnya.
LIHAT : Anak Maut Terjatuh Dari Tingkat 2, Si Ibu Leka Bermain Handphone
Chopstick yang pada mulanya dipegang di tangan tertusuk ke dalam mulut selepas dia terjatuh semasa berlari di ruang tamu rumah mereka di Jiangxi, China ketika keluarganya sedang menikmati makan malam.
Ibu bapa mangsa segera membawa mangsa ke hospital berdekatan dan sebaik tiba di hospital, keluarga mangsa terkejut kerana anak mereka sebenarnya sangat kritikal di mana chopstick tersebut tertusuk begitu dalam sehingga hujungnya dapat dirasai di belakang leher mangsa.
Selepas melihat imbasan x-ray, doktor menyarankan mangsa perlu dibedah segera dan dipindahkan ke hospital lain di wilayah Hunan.
CT scan menunjukkan kayu penyepit berukuran 10 sentimeter itu tidak terkena pada bahagian penting dan hanya terkena pada tisu lembut sahaja dan jika kayu penyepit itu dicabut, ia boleh mendatangkan risiko yang tinggi.
Oleh sebab itu doktor tiada pilihan lain dan terpaksa melakukan pembedahan itu dan doktor berjaya mengeluarkan kayu penyepit itu tanpa sebarang masalah.
Mangsa kini berada dalam keadaan stabil tetapi masih perlu dipantau kerana bimbang sekiranya berlaku sebarang komplikasi lain.
Sumber : Next Shark
Leave a Reply