Rozita Che Wan atau lenbih mesra dipanggil Che Ta tidak kisah dikecam dan didakwa ‘menjual’ anaknya, Aaisyah Dhia Rana oleh sesetengah pihak.
LIHAT : Koleksi Gambar Rozita Che Wan Masa Remaja Dulu-dulu
Che Ta menegaskan dia tak kisah dengan kecaman tersebut kerana tidak wajar dia ‘menjual’ Aaisyah kerana dia mengaku dia bukannya orang susah. Amboi amboi…
“Bagi saya, Aaisyah sangat bernasib baik kerana rezekinya cukup murah dan mendapat tawaran program realiti sendiri. Ini rezeki dia, setiap bayaran yang diperoleh, saya tidak pernah gunakan, sebaliknya dijadikan simpanan masa depannya”
“Saya bukannya orang susah sampai perlu jual anak untuk hidup senang. Sebagai ibu, saya tidak tergamak untuk mengambil wang anak. Saya pegang prinsip, anak hidup bergantung pada ibu bapa dan bukan sebaliknya,” – Rozita Che Wan.
Oh ya, Che Ta beritahu tak lama lagi Aaisyah bakal muncul dalam program realitinya sendiri iaitu ‘Little Princess Aaisyah’ di saluran Astro Ria dan Ria HD bermula 12 April nanti. Psssttt… jangan lupa tonton dan kecam. Heh!
Leave a Reply