Cerita Sebenar Ikan Tilapia Diberi Makan Babi

Gambar ikan tilapia yang diberi makan bangkai babi di Bukit Redang Panjang, Ijok Selama, Perak menjadi viral di Facebook dan mendapat perhatian rakyat Malaysia baru-baru ini dan cerita sebenar ikan talapian makan babi ini terbongkar apabila wartawan akhbar tempatan berjumpa sendiri dengan pemilik kolam ikan talapia tersebut.

Sudah pasti pemilik kolam ikan talapia yang tidak didaftarkan di Jabatan Perikanan ini menafikan dakwaan yang tersebar dalam laman sosial Facebook terutamanya gambar yang memaparkan bangkai babi terapung di atas pelampung di tengah-tengah kolam.

Pemilik kolam ternakan ikan tilapia tersebut juga memberitahu yang bangkai tersebut adalah bangkai kambing dan ayam. Dakwaan ikan talapia diberi makan bangkai babi atau bangkai khinzir itu adalah tidak benar. Betul ke?

Kalau benar ikan-ikan tilapia tersebut diberi makan bangkai ayam dan kambing, mengapa pelampung yang membawa bangkai babi ‘hilang’ dan kolam dibersihkan serta merta semasa Jabatan Perikanan menyerbu di kawasan kolam tersebut.

Kita tunggu dan lihat hasil analisa oleh Jabatan Perikanan terhadap ikan tilapia dan ikan baung yang diambil di dalam kolam tersebut. Rasa-rasa ikan yang dianalisa ini pun sudah ditukar, mungkin…

TehPanas – Seram sejuk lepas ni nak makan ikan tilapia. Gulp!

Carian Anda :

1 Trackback / Pingback

  1. Facebook Pemilik Kolam Ikan Tilapia & Gambar Babi Terbongkar

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*