Misteri Cendol & Rojak ‘Seluar Dalam’ Terbongkar

Menjijikkan apabila perkakasan yang digunakan untuk menyediakan rojak dan cendol dijadikan tempat merendam seluar dalam. Yuckksss!

Tapi inilah hakikatnya yang terjadi di salah sebuah lokasi memproses rojak dan cendol dalam keadaan menjijikkan yang tersorok di sebuah kawasan pembinaan di pinggir bandar Puchong awal pagi semalam oleh sepasukan anggota penguatkuasa Jabatan Imigresen Selangor.

(Gambar menunjukkan kawasan pemperosesan cendol & rojak yang menjijikkan)

Pada mulanya sepasukan anggota penguatkuasa Jabatan Imigresen Selangor menahan warga asing, tetapi turut membawa kepada penemuan kawasan memproses cencol dan rojak yang sangat kotor dan berbau seolah-olah seperti tempat pembuangan sampah.

Sebenarnya kawasan pemprosesan itu telah lama beroperasi yang seterusnya cencol dan rojak tersebut akan dijual oleh warga sing dengan menaiki motosikal serta lori di sekitar daerah Puchong dan daerah berdekatan.

Mungkin anda salah seorang pembeli cencol & rojak ‘seluar dalam’ ini? Harap-harap tidak ye.

Carian Anda :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*