Cara Mudah Permohonan Baru & Kemaskini Permohonan BR1M 2015

Mungkin ramai yang sudah tahu permohonan baru untuk Bantuan Rakyat 1 Malaysia 2015 (BR1M 4.0) telah dilanjutkan sehingga 31 Januari 2015 dan begitu juga dengan untuk kemaskini permohonan BR1M 2015 tersebut. Klik di sini.

Tidak mustahil ramai juga yang masih tidak tahu dengan maklumat ini serta cara untuk membuat permohonan baru atau kemaskini permohonan BR1M 2015 secara online selain pergi berbaris di Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

Kami akan sediakan tutorial cara mudah membuat permohonan baru dan kemas kini BR1M 2015 untuk yang masih belum mendaftar atau membuat permohonan baru serta kemaskini maklumat terutamanya no akaun bank.

CARA MUDAH MENDAFTAR / PERMOHONAN BARU & KEMASKINI PERMOHONAN BR1M 2015


1) Sila masuk ke laman web https://ebr1m.hasil.gov.my/ dan klik pada butang PERMOHONAN BARU untuk yang belum pernah mendaftar atau KEMAS KINI PERMOHONAN untuk yang pernah menerima BR1M sebelum ini


1.1) Sila masukkan No kad pengenalan / MyKad anda pada ruangan yang disediakan dan klik pada butang HANTAR.


3) Selepas itu anda akan diminta untuk menjawab SOALAN KESELAMATAN pada ruangan disediakan. Sebanyak dua soalan keselamatan perlu anda jawab dan soalan tersebut berdasarkan maklumat peribadi anda.

4) Seterusnya satu ruangan berbentuk borang maklumat akan terpapar dan anda perlu mengisi maklumat peribadi anda dengan tepat. Selesai mengisi maklumat dan no akaun bank serta nama bank, sila masukkan AKUAN PENGESAHAN iaitu kod pengesahan ke dalam ruangan yang disediakan. Akhir sekali, klik pada butang KEMAS KINI.

Pastikan no akaun bank adalah bank yang tersenarai untuk bayaran BR1M 2015. Lihat senarai bank untuk BR1M 2015 di sini.

Jika anda sudah mengemaskini maklumat peribadi anda, anda boleh menyemak status permohonan anda di sini.

Carian Anda :

1 Comment

4 Trackbacks / Pingbacks

  1. Jadual Tarikh Pembayaran BR1M 2015
  2. Pendaftaran & Kemaskini BR1M 2016 Bermula 5 Hingga 31 Disember
  3. Cara Kemaskini BR1M 2016 Menggunakan Smartphone, iPad & Tablet
  4. Cara Permohonan Baharu / Kemas Kini BR1M 2017 Secara Online Dan Penghantaran Borang Permohonan

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*