BR1M 2017 : Cara Mudah Membuat Rayuan BR1M 2017

Kepada pemohon Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 2017 yang ditolak atau tidak lulus permohonan, jangan sedih sebab anda boleh membuat rayuan sebelum 31 Mei 2017.

BACA : 17 Sebab Kenapa BR1M 2017 Anda Ditolak Atau Tidak Lulus

Anda boleh mula membuat rayuan untuk permohonan BR1M anda bermula pada tarikh 3 April 2017 dan berakhir 31 Mei 2017.

Cara untuk membuat rayuan BR1M 2017 ini sangat mudah sebenarnya dan jangan pening-peningkan kepala anda kerana ianya dilakukan secara kaedah manual iaitu dengan mengisi borang rayuan BR1M 2017.

Borang rayuan BR1M 2017 boleh dimuat turun secara online melalui laman web utama BR1M iaitu ebr1m.hasil.gov.my atau dapatkan borang rayuan tersebut di awangan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) anda yang terdekat.

Bagaimana Untuk Membuat Rayuan BR1M 2017 dengan mudah?

Pemohon perlu mengisi borang rayuan BR1M dan sertakan bersama dokumen sokongan yang berkaitan seperti penyata gaji dan salinan kad pengenalan pasangan atau tanggungan yang terkini.

Manakala salinan dokumen yang wajib dikemukakan bagi yang mempunyai tanggungan adalah seperti berikut :

i. Sijil / Surat Pengesahan Cerai oleh Jabatan Agama Islam Negeri / JPN / JAKOA / Tuai Rumah / Ketua Peribumi @ Ketua Kaum / Ketua Komuniti bagi pasangan (jika status perkahwinan Ibu / Bapa tunggal) atau bagi Ibu / bapa tanggungan (jika status perkahwinan Bujang);ATAU

ii. Sijil / Surat Pengesahan Mati oleh JPN / JAKOA / Tuai Rumah / Ketua Peribumi @ Ketua Kaum / Ketua Komuniti bagi pasangan (jika status perkahwinan Ibu / Bapa tunggal) atau bagi Ibu / bapa tanggungan (jika status perkahwinan Bujang);DAN

iii. Sijil lahir tanggungan / daftar anak angkat / Sijil lahir pemohon atau dokumen pembuktian pertalian hubungan jika ibu bapa tidak memohon; ATAU

iv. Surat hak penjagaan tanggungan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) / Mahkamah / Agensi yang dilantik oleh kerajaan (jika berkenaan).

Setelah semuanya selesai dan lengkap, borang rayuan tersebut hendaklah diserahkan di cawangan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) termasuk di Pusat Khidmat Hasil (PKH) dan Pusat Transformasi Bandar (UTC) yang berdekatan dengan anda. Mudah kan?

Carian Anda :

2 Comments

  1. sye mohon pada pihat lhdh…sye dah nak masuk ank yg ke 3..smpai sekarang sye mohon br1m x dapat..dh la sye seorg kerja..ank kecil lgi..mohon jasa baik tuan puan lulus kn la br1m utk keluaga sye…sye mohon jasa baik tuan puan..bantu la kluaga sye dapat kn br1m..pada tahun akn datang..setiap tahun sye pergi mohon x dapat..ape lagi sye isi borong gune nme istri sye..sye fauzul azimin nasir bin yacacob 900120015877 0167176496..mohon jasa baik pada smua pihak tolong la bantu sye utk rengan kn beban sye satu kluaga…

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*