Mesti ramai yang sudah maklum dengan laman web utama BR1M 2016 iaitu https://ebr1m.hasil.gov.my/ tidak menyokong browser menggunakan peranti mudah alih.
BR1M 2016 hanya dapat dikemaskini dan buat pendaftaran menggunakan laptop atau komputer sahaja jika mengikut apa yang tertera pada laman web ebr1m jika anda melayari menggunakan smartphone atau tablet anda.
Sebaik sahaja anda melayari laman web tersebut, satu mesej akan terpapar yang mengatakan aplikasi ebr1m tidak menyokong smartphone atau tablet anda.
Okay, kami ada cara sangat mudah untuk mengemaskini BR1M 2016 menggunakan smartphone sama ada iPhone (iOS) mahu pun gajet android termasuklah tablet android dan iPad (iOS).
Kami telah mencuba pada smartphone android, iPhone, tablet android serta iPad dan kesemuanya berjaya menggunakan kaedah ini. Jom, kita lihat cara mengemaskini dan pendaftaran BR1M 2016 menggunakan smartphone dan tablet dengan mudah.
1) Sila buka browser yang terdapat di dalam handphone atau tablet anda. Kami sarankan kepada anda untuk menggunakan aplikasi Google Chrome. Seterusnya klik pada icon setting, sila rujuk anak panah dalam gambar.
2) Selepas anda klik pada icon setting, satu menu akan kelihatan dan klik pada perkataan ‘Request Desktop Site’.
3) Selepas itu, klik pada butang KEMAS KINI PERMOHONAN jika anda ingin mengemaskini data atau klik pada butang PERMOHONAN BARU jika anda antara penerima BR1M yang pertama kali.
4) Yay! Anda akan dapat melihat ruangan No. Mykad seperti menggunakan desktop sama ada laptop atau pun komputer. Anda sudah boleh mengemaskini data peribadi anda untuk BR1M 2016 tanpa menggunakan laptop atau komputer. Mudah bukan 🙂
Anda juga boleh menyemak status anda menggunakan kaedah yang sama menggunakan telefon pintar atau pun tablet / iPad anda.
Diharap cara ini memudahkan anda untuk membantu saudara atau kenalan yang memerlukan terutamanya individu yang berusia dan tidak peka dengan alat teknologi sekarang.
BACA : CARA KEMASKINI & PERMOHONAN BARU BR1M 2016
TEHPANAS – Kasihan apabila melihat warga emas berbaris panjang di hadapan LHDNM untuk ke kaunter BR1M 2016 semata-mata untuk mengemaskini data peribadi mereka.
saya nigin lihat bering saya jika ada masuk basok? saya harap adalh masuk hari asok .