Caj 20 Sen Setiap Gelas & Pinggan, Pemilik Restoran Akui Ada Sebab Tersendiri

Kecoh di laman sosial apabila sekeping resit yang memaparkan Restoran Original Penang Kayu Nasi Kandar cawangan SS2/10, Petaling Jaya mengenakan caj 20 sen untuk pinggan dan gelas tambahan.

BACA : Misteri Hantu Helmet Di Kedai Mamak

Pemilik restoran tersebut, Burhan Mohamed, mendakwa pihaknya mempunyai sebab tersendiri apabila mengenakan caj tambahana yang baharu sahaja diperkenalkan oleh mereka.

Sebenarnya caj tambahan tersebut disebabkan oleh gangguan bekalan air di Kuala Lumpur dan Selangor yang bermula Rabu tetapi ramai orang salah faham.

“Kami kena sediakan pinggan mangkuk sebab menurut notis yang dikeluarkan katanya tiga hari tak ada air. Ini semua dilakukan demi kebersihan. Tak ada air macam mana nak cuci kan?”

Saya rasa sakit hati, orang cakap saya nak untung banyak. Ini bukan caranya. Sedih bila mereka fikir kita nak kaut untung.”- Burhan Mohamed

Caj tambahan 20 sen tersebut telah pun dihentikan selepas bekalan air dah kembali pulih pukul 10 pagi semalam (Rabu).

Sumber : mStar

1 Trackback / Pingback

  1. "Patutlah Tengok Kembung Elok Plastik Papadom, Rupanya..." - TEHPANAS

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*