Bekas peserta Raja Lawak musim kelima, Sulaiman Ibrahim atau lebih dikenali Leman Raja Lawak didakwa di Mahkamah Majistret Petaling Jaya, hari ini atas dua pertuduhan mencabul kehormatan seorang pekerja wanitanya pada November lalu.
Bagaimanapun, pelawak yang berusia 38 tahun itu mengaku tidak bersalah atas kedua-dua pertuduhan yang dibacakan di hadapan Majistret Mohamad Ikhwan Mohd Nasir.
Mengikut pertuduhan pertama, tertuduh yang kini pengarah urusan syarikat produksi itu didakwa menggunakan kekerasan jenayah dengan niat hendak mencabul kehormatan seorang wanita berusia 27 tahun di dalam bilik sebuah hotel di Puchong pada 4.10 pagi, 12 November lalu.
Manakala pertuduhan kedua pula, dia turut dituduh melakukan kesalahan serupa ke atas mangsa yang sama di sebuah pejabat di Jalan Permai, Taman Perindustrian Puchong pada 16 November, lapor Harian Metro.
Kedua-dua pertuduhan itu dikemukakan mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun atau denda atau sebat atau mana-mana dua daripada hukuman itu, jika sabit kesalahan.
Ramas Dada & Cium Tangan Pemandu Grab Wanita, 2 Lelaki Warga Asing Dibelasah
Leave a Reply