Seorang bapa dan teman wanitanya dihukum gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi, Johor Bahru, hari ini selepas didapati bersalah membunuh anak kandungnya yang berusia 3 tahun.
Tertuduh Mohd Imran Mohd Ramly, 34 tahun, dan Norhidayah Mamid, 30 tahun, kelihatan sayu sebaik mendengar hukuman yang dijatuhkan mahkamah yang diketuai oleh hakim Collin Lawrence Sequerah.
“Pakar patologi mengesahkan terdapat kesan pukulan objek tumpul di kepala mangsa secara berterusan selama tiga bulan yang mana sepanjang tempoh berkenaan, mangsa di bawah jagaan kedua-dua tertuduh,” hakim.
Mohd Imran yang juga bekas pengurus syarikat dan Norhidayah yang tidak bekerja didakwa membunuh Muhammad Aqeef Adam Mohd Imran pada empat tahun lalu di rumah bernombor A 2-22 Apartment Sri Putra, Jalan Meranti 7, Kulai, antara 12 tengah malam 16 Disember 2013 hingga 6.45 petang, 19 Disember 2013.
Leave a Reply