Wanita Bungkus Mayat Anak & Sembunyikan Dalam Almari, Selepas Maut Minum Pencuci Tandas

Seorang wanita sanggup menyembunyikan mayat anak perempuannya di dalam sebuah almari baju selepas kanak-kanak berusia lima tahun itu maut akibat terminum cecair pencuci tandas.

BACA : Cuba Bunuh Diri, Wanita Lempar Anak Lelaki Dari Tingkat 10 Sebelum Terjun Bersama Anak Perempuannya

Mayat Sierra Patino ditemui di dalam sebuah almari kediaman mereka di Houstan, Texas selepas hampir seminggu disembunyikan oleh ibunya, Priscilla Torres.

Wanita berusia 27 tahun itu didakwa pada Selasa lalu kerana mengubah bukti selepas dia didakwa menyembunyikan mayat anaknya, memetik Metro.co.uk.

Selasa lalu Priscilla mengubah keterangannya dengan menyalahkan kekasihnya bertanggungjawab atas kematian tersebut dengan mendakwa kekasihnya memandikan Sierra ketika dia memasak untuk makan malam pada 23 Ogos lalu.

Wanita itu berkata dia menemui badan anaknya melecur akibat bahan kimia tersebut dan mengambil keputusan utnuk menjaga anaknya itu sendiri kerana bimbang Perkhidmatan Perlindungan Kanak-Kanak akan membawa pergi anaknya itu sekiranya dirawat di hospital.

Priscilla turut mendedahkan anaknya itu maut pada 27 Ogos lalu selepas tidak berupaya untuk makan dan berdiri sendiri selama beberapa hari.

Akhirnya, Prisicilla mengambil keputusan untuk membungkus mayat anaknya itu di dalam selimut dan menyembunyikannya di dalam almari kerana ‘enggan melepaskan anaknya itu.’

1 Trackback / Pingback

  1. Ibu Tikam Bayinya Umur 3 Bulan Selepas Dengar 'Bisikan Syaitan' - HOIVIRAL

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*