Budak lelaki berusia 12 tahun meninggal dunia selepas ditemui tergantung berhampiran katil di rumahnya di Taman Nenas di Kulim, Selasa lalu.
BACA : Remaja 13 Tahun Gantung Diri Kerana Tertekan ‘Homework’ Tidak Siap
Menurut polis, kejadian disedari adik perempuan kanak-kanak itu yang berusia lapan tahun sekitar 6.30 petang.
“Ketika kejadian ibu mangsa berada di ruang tamu rumah dan mangsa sedang bermain dengan abangnya berusia 14 tahun dan adik perempuannya di sebuah bilik di rumah mereka.
“Kira-kira 15 minit kemudian, adik perempuannya itu memberitahu ibu mereka bahawa mangsa sudah tergantung berhampiran dengan katil,” – jelas pihak polis kepada Harian Metro.
Semasa ibunya masuk ke dalam bilik terbabit, mangsa sudah pun berada terlentang di atas tilam kerana abang mangsa sudah memotong tali yang menjerutnya.
Pegawai perubatan Hospital Kulim dipanggil dan mengesahkan mangsa sudah meninggal dunia dan hasil siasatan awal polis menemui tali kasut di lantai katil tingkat atas dan mangsa berada di katil bawah jenis ‘double decker’.
Polis mendapati tiada unsur jenayah yang dapat dikesan pada badan mangsa dan di tempat kejadian dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.
Leave a Reply